Kesilapan Kiraan Undi CEC Amat Memalukan DAP - Karpal
Posted by
Melayu Atas Pagar
|
Saturday, January 5, 2013
Pengerusi DAP Pusat Karpal Singh, menyifatkan kesilapan pengiraan undi CEC adalah sejarah paling memalukan bagi parti.
Beliau berkata kesilapan dalam keputusan pemilihan itu tidak sepatutnya berlaku, namun menerimanya sebagai sesuatu yang tidak disengajakan oleh pengarah pemilihan CEC, Pooi Weng Keong.
Dalam satu sidang akhbar, Karpal memberitahu Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP memutuskan untuk mendedah dan membetulkan kesilapan itu kerana mahu bersikap telus.
"Kami sudah jangka akan menerima kritikan dan dibidas oleh pelbagai pihak namun keputusan untuk mendedahkan kesilapan itu menunjukkan kami telus.
"Ini kesilapan pertama dalam sejarah DAP dan ia tidak boleh dielakkan tapi boleh diperjelaskan.
Read More, COCKY ARROGANT TOKONG GILER
Kesilapan Kiraan Undi : Bukti DAP Tagih Sokongan dan Undi Melayu
Posted by
Melayu Atas Pagar
|
Kesilapan pengiraan undi ketika pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lalu, adalah pengajaran kepada parti itu yang sebelum ini sering menjaja kelemahan Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata pindaan keputusan berikutan kesilapan itu yang sekali gus mengembalikan wakil Melayu dalam CEC, juga menunjukkan DAP tertekan dalam usaha membuktikan ia sebuah parti pelbagai kaum.
"Memang mereka mengakui kesilapan, manusia tidak lari dari membuat silap, tetapi yang sedihnya apabila berlaku kesilapan pada pihak BN riuh sekampung dijajanya, bukan sehari tetapi berhari-hari.
"Mereka tidak tahu kira walaupun tidak sampai 2,000, budak darjah empat pun tahu kira. Ini Tuhan nak tunjuk," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan wang ehsan kepada 36 peniaga membabitkan peruntukan sebanyak RM48,000 di sini, hari ini.
Read More, COCKY ARROGANT TOKONG




