GELOMBANG WANGSA MAJU: 03/27/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Saya Mengaku RASUAH RM 200 JUTA Singkirkan GHAFAR BABA - Anwar Ibrahim

| Tuesday, March 27, 2012




Cukup menarik artikel Raja Petra Kamaruddin mendedahkan salahguna kuasa Anwar Ibrahim sewaktu berada dalam UMNO untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir dan Tun Ghafar Baba.

Yang pasti, penyokong tegar Anwar Ibrahim cukup tersentak dengan pendedahan yang dilakukan kerana selama ini Anwar Ibrahim adalah pemimpin paling maksum dan terpelihara dari sebarang dosa, rasuah, kronisme dan nepotisme.

RM 200 juta digunakan untuk menyingkirkan Tun Ghafar Baba dari kerusi Timbalan Presiden UMNO dan RM 445 juta digunakan untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir.

Kesemua wang diperolehi dari proksi, kroni dan sahabat beliau, taikun Cina ... Quek Leng Chan. I help you ... you help me, mantap!


Pada GWM, memang ada asas dakwaan dan tuduhan RPK terhadap Anwar Ibrahim. Asas dan dakwaan yang bukan sahaja telah lama diketahui oleh Lim Kit Siang dan Hadi Awang.

Demi kuasa, Yahudi pun ... Yahudilah, asalkan dapat merampas Putrajaya.



Persoalan paling menarik, siapa lagi yang pernah mendedahkan rasuah jutaan ringgit untuk menyingkirkan Tun Ghafar baba dan Tun Dr Mahathir selain dari RPK?


Dalam Wikipedia, cukup jelas menyatakan Anwar Ibrahim menggunakan kuasa dan pengaruh sebagai Menteri Kewangan sewaktu dalam kerajaan melakukan rasuah dan politik wang untuk menyingkirkan Tun Ghafar Baba.



Begitu juga dengan pendedahan wartawan luar, Ian Stewart melalui buku beliau The Mahathir Legacy: A Nation Divided, a Region at Risk. , bagaimana Anwar Ibrahim melakukan rasuah politik paling kotor dalam sejarah UMNO untuk menumbangkan Tun Ghafar Baba.

(NOTA : Ian Stewart memulakan kerjaya kewartawanan pada tahun 1950-an bertugas sebagai penulis/wartawan Selatan Pasifik untuk New York Times pada tahun 1974, seorang wartawan bebas yang dihormati kini menetap di Singapura. Turut menjadi penulis/wartawan bagi The Australia dan South China Post bagi artikel politik di Malaysia.)


Amat jelas pada tahun 1993 dimana beliau (Anwar Ibrahim) menggunakan rangkaian kawan-kawan, kemahiran sebagai pemidato dan sejumlah wang tunai yang besar untuk mendapatkan sokongan yang cukup bagi merampas kedudukan Timbalan Presiden UMNO dan menggantikan Ghafar Baba.

Menjelang tahun 1990-an politik wang semakin merebak kedalam UMNO, dari cawangan dan bahagian terkecil sehingga kepada barisan kanan parti, dan Anwar menggunakan sepenuhnya politik wang dan sistem naungan untuk kepentingannya.




Manakala pengikut Anwar - seperti yang disaksikan dengan mata kepala saya sendiri (Ian Stewart, penulis buku) dan wartawan-wartawan lain - telah menyerahkan paket wang untuk memperolehi sokongan pemimpin-pemimpin bahagian UMNO dalam kempen beliau menentang Ghafar Baba pada tahun 1993, Anwar telah berjaya mendapatkan sokongan mereka yang berpengaruh dalam parti dan menjanjikan jawatan penting dalam membentuk kerajaan setelah beliau mengambil alih kedudukan Dr Mahathir.



Bagaimana dengan wartawan dan penulis buku politk tempatan yang turut mengetahui nafsu rakus Anwar Ibrahim melakukan rasuah politik wang sewaktu dalam UMNO, namun mendiamkan diri kerana Anugerah Tuhan ini sudah berada dalam kem yang sama.

Dua ekor badut sarkas pembangkang, Ahmad Lutfi Othman dan Mohd Sayuti Omar a.k.a blogger MSO cukup masak mengenai politik wang dan rasuah yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim sejak dalam UMNO.



Bak kata Mohd Sayuti Omar dalam bukunya ...

Stail dan budaya Anwar sebagai "budaya untuk membuncitkan perut sendiri". Anwar banyak memikir dan menyusun strategi untuk kepentingan dirinya sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat. Beliau lebih memikir serta mencaturkan macam mana hendak menguasai UMNO, daripada memikir macam mana hendak mengubahkan dasar pendidikan negara yang lebih kemas dan mengikut keredhaan Allah. ... Tindakan Anwar membuat klik dan menyusun kemnya

Anwar dengan skandal kewangan yang didakwa telah dilakukan oleh dua orang kepercayaannya: "Anwar dikatakan lelah menasihat kedua pegawainya itu meletakkan jawatan dalam masa 24 jam. Salah seorang yang dipecat katanya berangkat ke London untuk melanjutkan pelajaran. Kedua orang harapan Anwar ini dikatakan terlibat menipu sebuah syarikat ... yang berjumlah ratusan ribu ringgit.



Berapa lama lagi rakyat perlu berterusan mendengar pembohongan Anwar Ibrahim kononnya mahu menghapuskan rasuah kerana beliaulah Bapa Rasuah & Politik Wang No.1 UMNO suatu ketika dahulu.




DONG ZIONG Pertubuhan Cina BODOH & PALING RACIST - Wee Ka Siong

|




KUALA LUMPUR, 27 MAC – Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini berkata beliau kesal dengan insiden yang tercetus ketika Perhimpunan Dong Zong di Kajang hujung minggu lalu di mana beliau telah diserang oleh peserta perhimpunan.

Katanya, niat beliau hadir ke perhimpunan itu hanyalah untuk mendengar pandangan peserta perhimpunan dan tiada agenda tersembunyi.

“Saya hadir majlis itu dengan satu hasrat murni iaitu mahu mendengar pandangan. Bukan objektif saya mencari sideline story. Saya hairan kenapa masyarakat kita jadi begini,” kata Ka Siong.

“Saya kesal dengan apa yang berlaku. Tengok bagaimana ketika saya masuk, saya diserbu sehingga polis kena kawal saya.

“Kita bukan nak mencari masalah sebab itu saya tak bawa pemuda MCA sekali. Saya harap mereka yang bertanggungjawab sepatutnya mencari apakah punca yang menyebabkan kekecohan ini. Itu bukan budaya kita. Kita berpolitik tapi tidaklah sampai ke tahap tiada standard,” tambah beliau.

Full article, klik ... DONG ZIONG ANJING DAP



Sudah terlalu banyak kali diperkatakan mengenai pertubuhan chauvinist, ekstrimis dan racist kaum Cina ini amat gemar bermain dengan isu remeh-temeh dan berbaur perkauman.

Puak-puak ini akhirnya menjadikan MCA sebagai bahan untuk melampiaskan nafsu kemarahan akibat mainan politik bangsat DAP.

Nasib baik tak dibalingnya batu-bata ke arah Wee Ka Siong ... mahu meninggal Timbalan Menteri Pelajaran ini ...

Dong Ziong, Hua Zong, Suqiu atau apa saja sekalipun ... selagi permintaan mereka tidak ditunaikan, puak-puak ekstrimis Cina ini akan bermain tarik tali dengan kerajaan untuk memancing undi dan sokongan kaum Cina, lebih-lebih lagi apabila pilihanraya umum semakin hampir.



Lihat sahaja pada permintaan Hua Zhong pada 24 September 2011, yang menuntut kerajaan untuk menurut usul yang dibangkitkan puak-puak chauvinist ini.



Politik:-

1.Menggesa kerajaan, pemimpin parti dan dermawan supaya mengotakan janji apabila mengumumkan sebarang pemberian atau bantuan kewangan.

2.Menggesa kerajaan supaya melaksanakan sistem meritokrasi dalam pengambilan pegawai dan kakitangan awam supaya ianya tidak dimonopoli oleh satu kaum sahaja.

3.Menggesa kerajaan supaya melaksanakan peraturan setiap warganegara yang berusia 21 tahun ke atas layak menjadi pengundi secara automatik.

4.Menggesa kerajaan supaya mengkaji kursus Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) supaya menepati konsep “1Malaysia” dan menghalang pegawai perkhidmatan awam daripada menyebarkan konsep atau pemikiran ekstrim perkauman.

5.Semasa menggubal akta untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Hua Zong menggesa kerajaan supaya tidak melaksanakan penahanan tanpa bicara. Di samping itu, menggesa kerajaan supaya memansuhkan semua akta yang bertentangan dengan hak asasi manusia, di antaranya Akta Rahsia Rasmi, Akta Penerbitan dan Pencetakan dan Akta Universiti.

6.Menggesa kerajaan supaya berlaku adil terhadap semua kaum dengan berlandaskan konsep “1Malaysia” apabila melaksanakan rancangan transformasi ekonomi negara.

7.Menggesa kerajaan supaya mengambil lebih ramai pegawai dan kakitangan awam dari kalangan kaum Cina menyertai perkhidmatan awam. Iklan pengambilan jawatan juga hendaklah disiarkan dalam media bahasa Cina supaya kaum Cina dan kaum lain lebih ramai menjadi pegawai dan kakitangan awam. Di samping itu kerajaan juga tidak lagi menganggap kaum Cina tidak berminat untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.



Ekonomi:-

1.Menggesa kerajaan supaya membuka tanah pertanian untuk semua kaum supaya kaum tani mempunyai tanah bagi membantu pembangunan pertanian di negara ini.

2.Menggesa kerajaan supaya memerangi rasuah serta membuka tender supaya syarikat-syarikat yang berupaya dapat bersaing.

3.Menggesa kerajaan supaya mengkaji cadangan melaksanakan sistem gaji minima. Di samping itu, menggesa kerajaan supaya mengawal inflasi bagi menjamin pertumbuhan ekonomi dan menjaga kebajikan pekerja.



Kebudayaan:-

1.Menggesa kerajaan supaya berlaku adil terhadap budaya semua kaum dan menjamin penggiat budaya mendapat peluang dan bantuan kewangan yang saksama tanpa mengira kaum.

2.Menggesa kerajaan supaya mewartakan beberapa rumah ibadat, binaan-binaan lama, jirat atau kubur sebagai warisan peninggalan sejarah dalam usaha meningkatkan semangat kemanusiaan agar semua kaum dapat memahami sejarah serta mendorong pembangunan industri pelancongan di negara ini.



Pendidikan:-

1.Menggesa kerajaan supaya menghapuskan pengenalan sekolah bantuan penuh dan bantuan separuh kerajaan. Kerajaan juga digesa supaya berlaku adil dalam memberi bantuan kewangan kepada sekolah semua aliran.

2.Menggesa kerajaan supaya membina dan menambah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) berdasarkan kepada keperluan, melaksanakan latihan guru yang sistematik untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru di SJKC.

3.Menggesa kerajaan dan masyarakat Cina menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina termasuk permohonan untuk menubuhkan sekolah, peruntukan kewangan yang tidak mencukupi, kekurangan guru, lembaga pengurus dan lain-lain.

4.Menggesa kerajaan supaya mengiktiraf sijil menengah Cina supaya pemegang sijil tersebut layak memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan perkhidmatan awam serta mengelakkan golongan cerdik pandai berhijrah ke luar negara.

5.Menggesa kerajaan mengiktiraf pengajian dari universiti China dan Taiwan.

6.Membantah sekeras-kerasnya novel “Interlok“ dijadikanbuku teks sastera untuk tingkatan lima bagi mengelakkan budaya satu kaum mempengaruhi pemikiran pelajar.

7.Menggesa semua institusi pengajian tinggi supaya melaksanakan pemilihan kampus secara adil bagi mengembalikan demokrasi dan autonomi pelajar.

8.Menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan tatatertib yang tegas terhadap mana-mana pihak yang membangkitkan sentimen perkauman, perosak keharmonian beragama dan kenyataan-kenyataan ekstrim dikalangan guru dan media.

9.Menggesa kerajaan supaya memulihkan hak kerakyatan Lim Lian Geok dan mengiktiraf beliau sebagai patriotik negara serta menghapuskan dasar diskriminasi terhadap pendidikan bahasa ibunda.



Sosial:-

1.Menggesa kerajaan supaya meningkatkan insfrastruktur di kampung baru Cina termasuk membina jalan raya, dewan orang ramai dan rumah ibadat serta melaksanakan rancangan pembersihan dan memperindahkan kawasan.

2.Menggesa kerajaan supaya melaksanakan konsep rakyat didahulukan, memperuntukkan kewangan untuk kegunaan semua tanah kubur dan jirat. Di samping itu membantu memperbaiki insfrastruktur termasuk membina jalan raya, memperbaiki perparitan, menebas rumput, mengecat dan lain-lain.

3.Menggesa kerajaan supaya mempermudahkan dan mempercepatkan proses permohonan untuk mendapatkan hak kerakyatan.

4.Menggesa kerajaan supaya menghapuskan pengenalan kaum dan agama dalam borang permohonan rasmi.

5.Menggesa kerajaan supaya mengawal ketat permohonan pertukaran daripada tanah kediaman kepada tanah industri.

6.Membantah keras rancangan tenaga nuklear dan menukar kepada janakuasa.

7.Membantah sekeras-kerasnya rancangan pembinaan Lynas di Kuantan.

8.Menggesa kerajaan supaya memperkemaskan peraturan mencegah dan mengawal bencana alam termasuk memperbaiki sistem saliran, bantuan kebakaran dan lain-lain.

9.Menggesa kerajaan supaya bekerjasama dengan pakar perubatan, pakar psikologi, pakar pendidikan dan media bagi mencari punca kes membunuh diri kalangan muda-mudi bagi mengurangkan berlaku kes tersebut
.
10.Menggesa kerajaan supaya peka terhadap suasana ekonomi yang kurang memberangsangkan termasuk mengawal kenaikan harga barang bagi meringankan beban ekonomi rakyat yang berpendapatan rendah.

11.Menggesa Syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya tidak menuduh pihak tertentu mencuri bekalan elektrik jika tidak cukup bukti.



Agama:-

1.Menggesa semua pemimpin agama supaya mengadakan dialog dan kerjasama bagi mengelakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.



Berapa banyak lagi permintaan puak-puak ini yang akan dipenuhi oleh kerajaan untuk mendapatkan sokongan dan undi kaum Cina.

Yakinkah Barisan Nasional puak-puak chauvinist ini akan menggunakan pengaruh mereka untuk mengundi dan memangkah Barisan Nasional pada PRU 13 nanti ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU