GELOMBANG WANGSA MAJU: 03/07/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Khalid Ibrahim SELEWENG Kontrak Jutaan Ringgit KUTIPAN SAMPAH di SELANGOR - Jacob George

| Wednesday, March 7, 2012




SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pembahagian kontrak kutipan sampah di Selangor.

Laporan polis itu dibuat oleh Presiden Cassa Datuk Dr Jacob George di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 9 di sini.

Beliau berkata, Cassa juga akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berkenaan kerana pihaknya menerima lebih 30 aduan daripada orang ramai dan kontraktor yang tidak berpuas hati dengan pembahagian kontrak berkenaan.

Jacob mendakwa pembahagian zon kutipan antara kontraktor yang dipilih juga menimbulkan keraguan kerana terdapat sesetengah kontraktor diberikan tiga zon kutipan sampah sedangkan ia tidak berlaku sebelum ini.

"Pelik apabila satu kontraktor mendapat tiga zon kutipan sedangkan setiap kontraktor sepatutnya mendapat satu atau dua zon saja untuk kerja-kerja kutipan sampah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata jika kerajaan negeri masih berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa tindakan, Cassa juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat prosedur pembahagian tender berkenaan.

Beliau berkata, Cassa juga akan mengadakan ceramah di seluruh daerah di Selangor untuk mendedahkan kepada rakyat tentang salah guna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri jika tiada tindakan yang dibuat bagi menangani
isu ini.

Jurucakap polis IPD Shah Alam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.




SELCAT dan Khalid Ibrahim PEMBOHONG BESAR - MCA Selangor

|




KUALA LUMPUR, 7 Mac — Kerajaan negeri Selangor hanya bersandiwara dengan meminta Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan,Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) untuk menyiasat skandal perlombongan pasir negeri kata MCA Selangor.

Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri, Wong Koon Mun berkata, SELCAT tidak mempunyai kuasa dan siasatan terhadap skandal itu tidak akan menyelesaikan masalah.

"Memandangkan kerajaan negeri tidak dapat menyelesaikan isu kecurian pasir, mereka hanya bersandiwara dengan meminta Selcat, yang tidak mempunyai kuasa, untuk menyiasat supaya orang ramai akan berfikir bahawa mereka serius dalam isu ini.

"Selain itu, mereka meletakkan tanggungjawab itu kepada saksi dengan mendakwa bahawa mereka tidak hadir dan enggan membantu pendengaran Selcat dan kemudiannya menggunakan alasan bahawa mereka tidak mempunyai bukti sebagai satu usaha untuk menutup perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Kubu Baru juga berkata, kerajaan negeri tidak menyiasat isu itu malah selepas mereka menerima aduan.

"Laporan Ketua Audit Negara 2009, melaporkan bahawa kes kecurian pasir menjadi serius dan selepas Kuala Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) mengambil alih, satu juta tan pasir dicuri.

"Ini bersamaan dengan RM1.82 juta dalam bentuk cukai,”katanya.






CUKUP PARAH ... Anwar Dedahkan DATA Mampu MENGAIBKAN NAJIB & BN

|

Kalau mahu mengaibkan negara, serahkan sahaja pada Anwar Ibrahim dan pembangkang. Fitnah dan hasutan bakal dihalalkan, pembohongan bakal menjadi kebenaran.

Namun data dari Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 tidak mampu dimanipulasi oleh Anwar Ibrahim dan pembangkang.





Malaysia menduduki tangga ke-19 daripada 153 negara sebagai negara paling selamat di dunia dan berada di kedudukan teratas di kalangan negara Asia Tenggara.




Kedudukan negara bertambah baik setiap tahun berbanding tahun 2008 pada tangga ke-38, hingga mencecah pada kedudukan ke-19 pada tahun 2011.

Jauh meninggalkan negara lain di Asia Tenggara termasuklah negara impian Pakatan Rakyat, Singapura yang berada pada lima anak tangga di bawah Malaysia.

Sudah tentu ada kriteria-kriteria yang meletakkan negara berada pada kedudukan terbaik. Dan kriteria-kriteria tersebut berpandukan kepada tiga perkara utama:

1) Konflik berterusan diperingkat dalam negeri dan antarabangsa
2) Keamanan dan keselamatan masyarakat yang dihuni.
3) Ketenteraan


Sebagai contoh kriteria yang melibatkan keamanan dan keselamatan masyarakat yang dihuni di Malaysia. Indikator penilaian dibuat berdasarkan kepada kejadian jenayah dalam negara termasuklah juga sehingga melibatkan soal hak asasi manusia, kadar kematian akibat bunuh diri dan jenayah berat.



Ini yang tidak disukai oleh Anwar Ibrahim dan pembangkang. Jika boleh Malaysia mahu digambarkan sebagai negara yang kucar-kacir dan tidak selamat untuk diduduki. Lebih kucar-kacir, lebih ramai pelabur luar tidak akan datang melabur dalam negara.

Malaysia mahu digambarkan sebagai mempunyai pihak anggota keselamatan yang cuai dan tidak bertanggungjawab terhadap rakyat. Anggota keselamatan mahu digambarkan sebagai ganas, tidak berperikemanusiaan, tidak beretika dan bermoral.



Kerana itulah kejadian tempohari seorang remaja Cina cedera parah setelah terjatuh dari motor akibat melarikan diri dari sekatan jalanraya oleh pihak keselamatan, diperbesar-besarkan oleh media dan pembangkang!



Remaja Bodoh Yang Merempuh Sekatan Jalanraya

Pihak keluarga remaja Cina tersebut menyalahkan pihak polis kerana menendang motorsikal sehingga menyebabkan anak mereka cedera parah akibat dari kejadian tersebut.

Apa yang pasti, remaja Cina ini berumur 14 tahun, tidak memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen memandu motosikal. Remaja Cina ini panik apabila melihat satu sekatan jalanraya diadakan lalu merempuh sekatan yang dilakukan.

Berapa banyak kesalahan yang dilakukan oleh remaja Cina ini?

Namun itulah yang mahu digambarkan oleh media portal-portal pembangkang sehingga perkara tidak benar hampir mencetuskan rasa tidak puas hati terhadap anggota keselamatan.

Kalau insiden ini mampu menyebabkan pergaduhan antara kaum, lagi bagus untuk diputarbelitkan oleh pembangkang dan media alternatif ini.




Bodoh benar anggota polis yang menendang motorsikal remaja Cina ini masih lagi menunggu agar beliau dirawat dengan segera.



Inilah modus operandi pembangkang dan portal 'anjing peliharaan' Anwar Ibrahim ... Apa sahaja yang mampu diambil kesempatan, berita berbentuk provokasi akan diterbitkan secepat mungkin bagi meresahkan rakyat terhadap anggota pasukan keselamatan.

Ketidakstabilan sosio ekonomi dan politik sentiasa menjadi 'darah daging' Anwar Ibrahim dan pembangkang untuk terus melakukan provokasi terhadap anggota pasukan keselamatan.

Lebih teruk lagi ... kesalahan remaja Cina ini turut dibabitkan dengan BN dan UMNO! Bangkai punya pembangkang ...



Ilham Marzuki BOROS SELEWENG DANA YAYASAN SELANGOR - Khalid Ibrahim

|

Sebelum melangkau lebih jauh, Bahagian Audit Dalaman, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pernah mengeluarkan laporan audit ke atas Yayasan Selangor pada 18 Mac 2011.

Terlalu banyak penyelewengan dana yang dilakukan oleh pihak pengurusan Yayasan Selangor terutamanya di bawah pengawasan Ilham Marzuki.

Lebih-lebih lagi apabila melibatkan Jamuan DiRaja sempena Sambutan Majlis Ulang Tahun Ke 40 Yayasan Selangor.



Diantara kandungan laporan audit yang dikeluarkan adalah:

1) Tiada peruntukan khas disediakan dari Belanjawan tahun 2010 yang diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor untuk Sambutan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor.

2) Aktiviti dirancang oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) dan diluluskan oleh Pengurus Besar dan tidak dibawa kepada mesyuarat Lembaga untuk diluluskan.

3) Jumlah sebenar aktiviti ini adalah berjumlah RM996,472.00.

4) Tender berjumlah RM387,232.00 (38.8 peratus dari RM996,472.00) kos Majlis Makan Malam Perdana diberikan kepada Drift Z Enterprise sebagai pengurus acara di Hotel Concorde. Pembayaran sebanyak RM270,750.00 (95%) telah dilakukan sebelum majlis berlangsung, yang hanya dihadiri kurang dari 1,000 orang jemputan.

5) Yayasan Selangor gagal mendapatkan kembali wang pendahuluan 95% yang diberikan kepada Drift Z Enterprise. Tuanku Sultan Selangor enggan hadir ke majlis tersebut setelah mengetahui pembaziran yang dilakukan oleh Yayasan Selangor.

6) Tiada rekod dan bukti pembelian cenderamata bernilai RM52,900 oleh TL Tinala Enterprise, yang dilantik oleh Yayasan Selangor pagi pengurusan pembelian cenderamata.




Setelah hampir 4 bulan, barulah Yayasan Selangor mengakui pembaziran yang dilakukan (sebenarnya penyalahgunaan dana dan kuasa) hasil dari keputusan secara ad-hoc melantik Drift Z Enterprise sebagai pengurus acara.

Apa yang menarik perhatian adalah Ilham Marzuki cuba melibatkan pihak Istana di atas skandal pembaziran yang dilakukan. Pihak Istana cuba dikaitkan kononnya perbicangan telah dilakukan.

Ilham memberitahu beliau tidak dimaklumkan perkara sebenar apabila hendak menganjurkan majlis membabitkan istana sedangkan khidmat itu boleh didapati melalui Bahagian Protokol di bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

Satu jawapan yang amat bodoh dan dangkal diberikan oleh Ilham Marzuki bahawa beliau berkata tidak tahu menahu berkaitan dengan protokol Istana.

Sudah berapa banyak majlis yang dianjurkan oleh Yayasan Selangor untuk baginda Tuanku sebelum ini.

Masakan pihak pengurusan lain yang telah lama berkhidmat dalam Yayasan Selangor tidak memberi nasihat dan pandangan kepada Ilham Marzuki mengenai protokol yang melibatkan Istana?



Apakah SELCAT tidak akan menggunapakai laporan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Audit Dalaman, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor berkenaan Jamuan DiRaja sempena Sambutan Majlis Ulang Tahun Ke 40 Yayasan Selangor.

Atau sekali lagi SELCAT akan bermain silap mata dan menangguhkan keputusan berhubung dengan kes penyalahgunaan kuasa dan wang oleh Ilham Marzuki dan Yayasan Selangor ...

Sudah berapa lama kes berkaitan penyelewengan rasuah pasir di Selangor ditangguhkan sehinggalah RPK dan blogger-blogger pro kerajaan kembali mencetuskan kes salahguna kuasa melibatkan kerajaan PKR Selangor.

Baru kini SELCAT terhegeh-hegeh mahu membuka kembali setiap kes yang telah lama tertunggak?

Atau SELCAT barangkali lupa atau buat-buat lupa media pernah melaporkan laporan audit mengesahkan bahawa memang tidak ada ketelusan sambutan dalam perbelanjaan Majlis Sambutan DiRaja Yayasan Selangor ke-40?
 



Persoalan menarik...

Mengapa Ilham Marzuki tidak dipecat sedangkan beliau sebagai peneraju Yayasan Selangor sepatutnya mengambil sikap bertanggungjawab sepenuhnya skandal ini?




SULIT ... Video Anwar Jumpa BOMOH SIAM Disebarkan

|





Analogi mudah yang boleh disimpulkan dari filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee ... rakyat perlu menyedari tidak perlu lagi mendengar pembohongan demi pembohongan dari 'Bomoh Anwar Ibrahim'.

Anwar Ibrahim gemar beretorik dan berjanji dengan rakyat, namun tidak ada satu pun janji yang pernah ditunaikan.

Anwar Ibrahim tidak pernah menjawab segala isu kronik melibatkan skandal kerajaan negeri Selangor. Baik dari skandal penyelewengan rasuah pasir, skandal Helmi Malik Eli Bogel, skandal pembunuhan Patrick Wong dan pendedahan skandal Direct Negotiation pemberian tender secara terus.

Memang stail Anwar Ibrahim sejak dari dahulu lagi, lari dari menjawab sebarang permasalahan yang melibatkan beliau dan parti. 

Karektor Anwar Ibrahim pun saling tak tumpah seperti bomoh. Banyak sangat jampi mantera ... satu pun tak boleh pakai! 



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU