GELOMBANG WANGSA MAJU: 02/24/12

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Anwar Dijemput Hadir HARI BELIA NEGARA Putrajaya, KALAU MUKA TAK MALU - Tun Dr Mahathir

| Friday, February 24, 2012





"Pemimpin tidak berfikir bahawa beliau ditugaskan untuk memimpin dan membawa pengikut-pengikutnya ke arah yang lebih baik, ke arah yang akan memberikan kehidupan yang lebih bahagia. Itulah tugas pemimpin."

"Apabila pemimpin mula lupa dengan tugasnya, maka lambat laun pengikut-pengikutnya akan berhenti menjadi pengikut dan mereka akan bertindak menjatuhkan pemimpin tersebut."

"Walaupun pengikut-pengikut mungkin boleh bersabar bertahun lamanya, tetapi akhirnya pengikut-pengikut ini bangun untuk menjatuhkan pemimpin itu."




GWM yakin para belia hampir 2,500 orang yang hadir pada Program Bicara Minda Tun Dr. Mahathir Mohamad di PWTC tahu pemimpin manakah yang dimaksudkan oleh mantan Perdana Menteri ini.

GWM kurang pasti berapa bilangan sebenar bekas pemimpin PKR yang telah keluar parti dan mula bertindak melawan bekas boss mereka, Tuan Haji Anwar Ibrahim.

Perkara yang paling mudah dipelajari oleh para belia adalah semakin ramai yang meninggalkan Tuan Haji Anwar Ibrahim kerana cukup serik dipergunakan oleh Ketua Umum Pembangkang ini untuk mencapai cita-cita nafsu rakus menawan Putrajaya.

Cuma yang paling menyedihkan apabila ada diantara golongan belia yang cukup mudah dipergunakan dan 'diperkosa' minda mereka oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim.

Betapa ramainya majoriti belia dan mahasiswa yang terdiri dari kalangan orang Melayu begitu mudahnya minda dan intelektual diracuni oleh Tuan Haji Anwar Ibrahim.










Debat Dengan Najib, ANWAR MEMANG BENGONG - Tun Dr Mahathir

|





Ada kebenaran seperti apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir mengenai debat di antara DS Najib dan Tuan Haji Anwar Ibrahim ... Buang Masa.

Buang masa kerana Tuan Haji Anwar Ibrahim semakin gawat dengan keceluparan beliau menyokong keselamatan negara Israel. Pusing, u turn, keliling roundabout sekalipun, Tuan Haji Anwar Ibrahim sememangnya sudah tersepit dengan kenyataan yang dikeluarkan beliau.

Sehingga ke hari ini, Tuan Haji Anwar Ibrahim masih membisu dari menjawab isu penyelewengan rasuah pasir di Selangor. Seharusnya sebagai Penasihat Ekonomi RM 1.00 kerajaan negeri, beliau sepatutnya mampu menjawab isu ini dengan petikan jari.

Begitu juga dengan isu Hilmi Malik yang mengakui PKR membiayai perbelanjaan beliau untuk lari dari disoal siasat polis berkenaan dengan kes penyebaran gambar Eli Bogel.

Apatah lagi Tuan Haji Anwar Ibrahim lari dari menjawab isu pembunuhan Patrick Wong yang ada kaitan dengan maklumat mengenai isu rasuah pasir di Selangor.

Lebih baik rakyat menilai pemimpin mana sebenarnya yang melakukan kerja demi dan untuk rakyat. Dalam hal ini, sudah tentulah DS Najib dilihat lebih banyak melakukan kerja dari banyak bercakap seperti Tuan Haji Anwar Ibrahim.

Dan sememangnya isu sebenar adalah kegusaran Tuan Haji Anwar Ibrahim melihatkan graf populariti beliau jatuh teruk jika dibandingkan dengan DS Najib.


Debat, debat, debat ... kerja tak buat jugak Tuan Haji Anwar Ibrahim!




 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU