GELOMBANG WANGSA MAJU: 10/15/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Government Transformation Programme (GTP) - RETORIK atau REALITI?

| Saturday, October 15, 2011

Kerajaan sering melaungkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) sebagai satu cara untuk meningkatkan kualiti dan impak positif kepada perkhidmatan kerajaan.

Kerajaan juga sering melaungkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagai inisiatif bagi menjadikan perkhidmatan awam yang terbaik kepada rakyat.

Begitu juga dengan enam NKRA yang akan diukur dan dinilai melalui Indeks Pencapaian Prestasi (KPI) ...

mengurangkan kadar jenayah,
memerangi rasuah,
meluaskan akses kepada kepada pendidikan berkualiti,
meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah,
memperkasa prasarana luar bandar,
menambahbaik pengangkutan awam.


Cukup hebat sebenarnya idea yang diperkenalkan pada 28 Januari 2010 oleh kerajaan ...

Namun kerajaan terlupa data dan statistik yang bagaimana mahu ditunjukkan kepada rakyat meningkatnya perkhidmatan awam?

Apa ukuran (benchmark) yang boleh digunakan sebagai bukti berlakunya transformasi dalam kerajaan?

Bukan apa ... rakyat tidak mahu ianya dilihat sebagai satu lagi retorik! program syok sendiri!



Memang benar kerajaan ada mengeluarkan Buku Laporan Tahunan GTP 2010 ... diterangkan antara pencapaian NKRA setakat ini adalah mengurangkan kadar kemiskinan tegar, naik taraf jalanraya diseluruh negara, tambahan bekalan air bersih dan tambahan bekalan elektrik 24 jam.

Namun persoalan pokok adalah Buku Laporan Tahunan GTP sering dimomokkan pihak pembangkang sebagai pembohongan kerajaan, angka-angka rekaan, ciptaan sendiri, manipulasi malah berbagai lagi pembohongan ... yang mengakibatkan rakyat akan terpengaruh melalui ceramah mahupun media pembangkang.



Bagaimana dengan isu pengurangan kadar jenayah, memerangi rasuah, perluasan akses kepada kepada pendidikan berkualiti? ... Bagaimana rakyat mahu melihat perbandingan dan pencapaian semasa kerajaan?

GWM bukan mengkritik polisi kerajaan, namun menegur secara terbuka perlunya ada alternatif lain dan/atau perbandingan terdekat (closest comparison) yang mampu kerajaan persembahkan kepada rakyat.

Perlu diingat, rakyat terutamanya sedang menilai KPI kerajaan dari semasa ke semasa ...



Kerajaan sebenarnya memerlukan analisa dan/atau kajiselidik dari pihak ketiga (3rd party acknowledgement). Peri pentingnya analisa dan kajiselidik dari pihak ketiga adalah sebagai bukti (evidence) berlakunya transformasi dalam kerajaan ... walaupun masih belum menyeluruh!

Mungkin dibawah ini mampu dijadikan satu benchmark sejauhmana keberkesanan Program Transformasi Kerajaan ... mungkin!

GWM mengambil kajiselidik yang dijalankan oleh Transparency International (Global Corruption Barometer) sebagai benchmark kepada keberkesanan Program Transformasi Kerajaan kerana imej kerajaan pimpinan BN sering dimomokkan sebagai 'Kerajaan Mengamalkan Rasuah'.

Dan seperkara lagi kerana laporan dari Transparency International ini lebih dipercayai pihak pembangkang dari laporan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.



TAHUN 2009 dan TAHUN 2010 ... BERMULANYA GTP!










To what extent do you perceive the following institutions in this country
to be affected by corruption? (1: not at all corrupt, 5: extremely corrupt)
Average score.






How would you assess your curent government’s actions in the fight against corruption?





Secara kasar dan relatifnya, Program Transformasi Kerajaan (GTP) boleh dikatakan sebagai berjaya berdasarkan kepada salah satu dari NKRA iaitu memerangi rasuah menunjukkan penurunan jika dibandingkan diantara tahun 2009 dan 2010 (bermulanya GTP).

Skor purata institusi kerajaan yang dikatakan tercemar dengan imej rasuah turun dari 3.50 kepada 3.35 dalam tahun 2010.

Begitu juga dengan keyakinan rakyat terhadap kesungguhan kerajaan memerangi rasuah meningkat dari 28% pada tahun 2009 kepada 48% pada tahun 2010.



Ini maksud sebenar GWM, mengapa pihak kerajaan perlu menggunapakai kajiselidik dari pihak ketiga seperti Transparency International sebagai alternatif lain kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Penting bagi kerajaan turut menggunapakai penilaian dari pihak ketiga agar pelbagai program yang dihasilkan kerajaan tidak dianggap retorik sepertimana sikap juak-juak pembangkang yang gemar beretorik.

Maka dengan sendirinya agenda Program Transformasi Kerajaan (GTP) dianggap realistik dalam menjadikan sektor awam lebih dinamik!



SIAPA PERLU MENJAWAB PERSOALAN INI ....

|






Full article ... click SIAPA
 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU