GELOMBANG WANGSA MAJU: 08/14/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

Nik Aziz Dicabar HARAMKAN BACAAN AL QURAN GUNA PEMBESAR SUARA di KELANTAN !

| Sunday, August 14, 2011
GWM tidak fikir ianya berkaitan dengan soal syarak mahupun wajib dalam melarang bacaan suci Al-Quran menggunakan pembesar suara. Ini lebih merupakan soal survival politik parti PAS dalam mencari keredhaan parti DAP!

Mengapa baru kini ditimbulkan persoalan larangan tersebut? Jawapan yang dikatakan mengganggu ketenteraman awam dan anak-anak yang sedang tidur merupakan jawapan paling selamat demi menjaga hati rakan khalwat DAP.

Apa istimewanya Kelantan sehingga ianya menjadi perkara biasa sedangkan di negeri lain ianya menjadi cukup luarbiasa? Islam sangatkah di Kelantan dan Non Islamic jika dilakukan di luar Kelantan?

Apakah tidak ada penganut agama lain di Kelantan sehingga diberi hak dan keistimewaan membaca ayat suci Al-Quran menggunakan pembesar suara mutlak digunakan di negeri tersebut.



Walhal perkara ini tidak pernah ditimbulkan sebelum pilihanraya umum lalu dan sebelum Pulau Pinang dijajah dan dikuasai puak kafir harbi DAP.

GWM cukup bersetuju dengan larangan membaca ayat suci Al-Quran didalam masjid kerana ia boleh menggangu jemaah lain yang sedang khusyuk menunaikan solat. Ini memang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. Selawat dan Salam ke atas junjungan Baginda.

Nik Aziz dan PAS seharusnya terus berhenti dari mempolitikkan soal menggunakan corong pembesar suara membaca ayat suci Al-Quran sebelum subuh. Natijahnya akan lebih banyak suara minoriti menuntut berbagai larangan dan pengharaman ke atas hak golongan majoriti.

Soal menggangu ketenteraman awam dan hak asasi merupakan satu agenda terbesar Yahudi dan Nasrani. Apakah Nik Aziz juga mahu turut disamakan seperti Kamal Attaturk, Bapa Moden Turki!


Dasar Perlembagaan Persekutuan melalui Artikel 11 yang digubal itu meletakkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Maka sepatutnya juga golongan minoriti menghormati hak dan keistimewaan golongan majoriti!

GWM berhak mempertikai pendirian PAS yang tampak terlalu ekstrim sehinggakan isu murtad dilenyapkan dari agenda parti PAS. Hanya Hasan Ali dan Nasrudin Tantawi dilihat tidak bacul seperti Nik Aziz dan lain-lain ularmak parti PAS.

Apakah hanya dengan tidur sebantal berlainan mimpi sudah cukup meyakinkan PAS bahawasanya DAP adalah Tag Team dunia akhirat politik mereka?

Jika hak asasi dan ketenteraman awam dijadikan kayu ukuran, maka tidak menjadi masalah bagi kerajaan PAS Kelantan untuk melarang menggunakan corong pembesar suara membaca ayat suci Al-Quran sebelum waktu subuh.

Nik Aziz juga perlu beriqtikad dan memfatwakan seluruh negeri di Malaysia perlu mengharamkan penggunaan pembesar suara dalam membaca ayat suci Al-Quran sebelum waktu Subuh malah setiap kali sebelum masuk waktu untuk bersolat.

GWM juga mahu melihat reaksi masyarakat Melayu dan Islam dengan permainan politik terbaru Nik Aziz dan PAS ... political animal!





TOP NEWS! ... Khalid Samad Cedera Parah Dipukul UMAT ISLAM MALAYSIA !

|

GWM tidak menyangka begitu ganas sekali umat Islam di Malaysia! Teruk Khalid Samad dipukul dan dibelasah sebegitu sekali!

Cukup teruk ... sehingga tengah hari ini, terdapat hampir 92 umat Islam membelasah Khalid Samad dalam blognya.















Mak Aih! ... teruk Pastor Khalid Samad dibelasah! GWM rasa cukup setakat ini yang dipaparkan, terlalu banyak pukulan maut ditujah didahi Pastor kita ni.

Dari isu penggunaan kalimah Allah di gereja sehinggalah kepada isu murtad di Gereja Methodist Damasara Utama, Pastor Khalid Samad masih lagi mahu mencium tapak kaki kafir harbi.



Jangan salahkan umat Islam jika anda dibelasah dan dikritik dalam blog. Lu yang cari penyakit, lu jawablah sendiri.

Itupun dikira bernasib baik hanya dibelasah dalam blog, buatnya dibelasah diluar blog bagaimana ... Jangan saman mereka yang membelasah anda, bukankah ini hak asasi rakyat Malaysia seperti yang dilaungkan oleh pakatan haram!

Dan jangan saman blog atau portal yang hentam saudara ... ini kebebasan media, perlu akur!



BREAKING NEWS! ... Nurul Izzah Berjaya Kemuka 4 Saksi ... ANWAR IBRAHIM TIDAK MELIWAT SAIFUL !

|

Semakin terdesak puteri sulung Anwar Ibrahim untuk menagih simpati rakyat dengan berdolak dalik dalam hukum-hakam Islam. Sekali lagi nama Yusuf Qardhawi dipergunakan dengan sewenang-wenangnya untuk menghalalkan 'balunan' Papa beliau.

Amat merbahaya jika Nurul Izzah berterusan menggunakan dalil 4 saksi jika beliau sendiri tidak memahami hukum jenayah dalam Islam. Namun demi untuk menyelamatkan nyawa bapanya, persetankan hukum-hakam Islam!

Penjelasan dari Ustaz Kazim Al Hafiz cukup tepat dan ketelitian sebagai ulama cukup menyerlah dalam mendefinasikan pertuduhan zina.




GWM menasihatkan supaya Nurul Izzah supaya menghentikan perbuatan sia-sia menjelaskan hukum-hakam Islam. Takut sekiranya penjelasan yang diberikan akan menyebabkan beliau yang jatuh hukum fasiq.


Gua setuju Nurul Izzah ... Papa Lu memang hebat! Jantan Betina Dibalunnya!

Sudah terpampang bukti air mani dan DNA Anwar Ibrahim berada dalam dubur Saiful Azlan Bukhari, mengapa masih lagi mahu menegakkan benang yang basah.

Jangan perbodohkan diri dan memperlekehkan Islam sehingga dipandang hina dan remeh oleh bangsa dan agama lain bahawa Islam adalah jumud ... macam saudari!

Malulah Nurul ...


Koh Tsu Koon & Gerakan ... SILA KELUAR DARI BARISAN NASIONAL SECEPAT MUNGKIN !

|

GWM tersenyum dengan desakan dan gesaan ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, Huan Cheng Guan dan Tan Kok Ping, dua bekas Naib Presiden GERAKAN. Jadi memang benarlah GERAKAN sedang mengalami krisis kepimpinan yang cukup teruk.

Ketiga-tiga bekas pemimpin GERAKAN mahukan kepimpinan baru untuk menerajui parti tersebut. Koh Tsu Koon dilihat sebagai lelaki yang mengalami masalah mati pucuk (premature ejaculation) kerana selagi beliau memimpin GERAKAN, selagi itulah peluang merampas Pulau Pinang akan bertukar menjadi sifar.

Tan Kok Ping pernah mendesak Tun Dr Mahathir agar melucutkan jawatan Koh Tsu Koon sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 1999 atas dasar tidak membawa pembangunan di Pulau Pinang sejak memegang tampuk pemerintahan.



Tan Tee Beng yang berpendapat bahawa Tsu Koon perlu disingkirkan jika GERAKAN serius untuk merampas semula Pulau Pinang daripada pembangkang.


Huan Cheng Guan pula menyifatkan parti komponen BN sudah dibarisi kepimpinan baru, kecuali parti GERAKAN yang masih diterajui pemimpin expired!




Apa yang Koh Tsu Koon dan GERAKAN lakukan dalam menarik kembali sokongan dan undi mereka yang berada di atas pagar sejak tahun 2008. Almost None! Tidak ada sebarang inisiatif dilakukan. Koh Tsu Koon lebih gemar berposing dihadapan kamera bagi tujuan publisiti media. Itu sahaja.

Itu adalah jawapan bekas-bekas pemimpin GERAKAN yang mahukan perubahan besar dalam kepimpinan. Jika ditanya kepada GWM ... sudah tiba masanya parti GERAKAN percepatkan langkah untuk keluar dari Barisan Nasional dan bergabung dengan pakatan pembangkang.


GWM masih belum mampu melupakan tindakan terbaru ahli dan kepimpinan parti GERAKAN ...

Kenyataan dari seorang jurucakap 'Gerakanlah Gerakan' atau dikenali sebagai gG movement (Parti GERAKAN)yang kononnya mahu mereformasikan parti tersebut, sudah cukup menampakkan belang sebenar parti yang berkiblatkan pembangkang ini.





Dua perkara pokok dibawah yang menjadi asas mengapa GERAKAN sudah sepatutnya keluar dari Barisan Nasional.

Yeap Ban Choon mahu parti GERAKAN menyokong penuh perhimpunan BERSIH 2.0 dan malu dengan tindakan kepimpinan parti tersebut yang menyokong penuh kepimpinan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Yeap Ban Choon juga mahu parti GERAKAN untuk memikirkan semula strategi dan mengapa perlu kekal dalam Barisan Nasional, yang menolak perhimpunan haram ini.



GWM pinta DS Najib sebagai Pengerusi BN menunjukkan ketegasan terhadap parti lemah tenaga batin ini dan singkirkan sahaja dari komponen Barisan Nasional.

DS Najib perlu faham dan akur dengan permintaan parti tersebut. Parti GERAKAN sudah tidak sabar untuk keluar dari BN, ini pengakuan parti tersebut. Anggaplah GERAKAN sudah tidak lagi berada dalam parti komponen BN ... Nyahkan sahaja dari BN!






 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU