GELOMBANG WANGSA MAJU: 07/28/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

AYUH HARIMAU MALAYA ... BELASAH SINGAPURA SECUKUPNYA !

| Thursday, July 28, 2011

PETALING JAYA - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apa jua tanggapan sekalipun hakikatnya Harimau Malaya perlu menang sekurang-kurang 2-0 ke atas Singapura untuk mengikat kedudukan agregat 5-5 - sekali gus peraturan gol di tempat lawan memihak kita.

Jika semangat lawan Harimau itu diambil kira, tidak mustahil Singapura akan menjadi mangsa kesebelasan anak-anak buah K. Rajagobal.

Keputusan 2-0 mungkin sudah mencukupi buat kita untuk layak ke babak seterusnya, namun ia tetap bergantung sejauh mana benteng negara mampu memperbaiki kelemahan secara total.

Menang perlawanan hari ini, bermakna Malaysia menempa sejarah bola sepak negara untuk pertama kali beraksi dalam saingan kumpulan.

Kehilangan kapten pasukan bukan bermakna penamat buat Malaysia tetapi permainan berpasukan bakal menentukan persembahan.


Apa yang menarik, harapan menjulang rakyat Malaysia untuk melihat kemenangan berbuah tidak sedikit pun tidak menghadirkan tekanan kepada Rajagobal yang tahu para pemainnya sudah matang menangani apa jua situasi.

''Saya tidak fikirkan satu tekanan buat para pemain kerana mereka pernah berhadapan pengalaman yang sama sebelum ini di Stadium Nasional.

''Beraksi di hadapan 100,000 penyokong semasa bertemu Indonesia, mereka semua tahu bagaimana untuk bermain mengikut apa yang diarahkan dan masih mampu kekal fokus.


''Bagi saya kehadiran lebih ramai penonton, lebih baik kerana ia mampu membuatkan sesuatu perlawanan lebih menarik dan memberikan keghairahan buat para pemain," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan Malaysia dan Singapura di Wisma FAM, semalam.

Beliau turut ditemani rakan sejawatannya dari Singapura, Radojko (Raddy) Avramovic dan penyerang Singapura, Fazrul Nawaz dalam sidang media yang dipengerusikan Penolong Setiausaha FAM, Kelly Shatiraj.

Jelas pengendali berusia 56 tahun itu, apa jua perancangan permainan pada malam ini, fokus mereka hanya satu iaitu mahu mencapai kemenangan.

''Perlawanan ini sudah tentu sukar dan kami akan bermain habis-habisan dan penuh bertenaga. Apa jua keadaan, kami hanya mahu mendapatkan kemenangan ke atas Singapura.


''Itu sahaja yang saya tuntut daripada pemain dan saya tidak sangsi mereka mampu melaksanakan misi berkenaan," ujarnya.

Jelasnya, tidak timbul soal moral pemain berada di tahap yang merudum, sebaliknya kekalahan 3-5 tempoh hari mahu ditebus kembali demi maruah negara.


''Para pemain sudah semakin tidak sabar dan telah bersedia sepenuhnya menghadapi Singapura pada malam esok (hari ini).

''Moral mereka masih berada di tahap terbaik dan keyakinan mereka sama sekali tidak berasa jatuh walaupun sedar tanggungjawab yang berat akan digalas, saya lihat semangat mereka itu dalam latihan," katanya.

tik tok tik tok ... ANWAR semakin CEMAS dengan isu IPP ... TIK TOK TIK TOK !

|

Siapa tidak mengenali mulut Celupar Al Celaka Anwar Ibrahim! Keceluparan Anugerah Tuhan ini bakal menjadi Celaka Besar dalam sejarah hidupnya!

Bak kata sahabat GWM, Melayu Cindia blog Gelombang Rakyat ...

"Anwar sebelum ini menyalak di Parlimen cuba membuat provokasi pasca PRU13 mengenai kononnya penguasaan kroni-kroni UMNO dalam Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), sebuah syarikat hidro elektrik yang pada asalnya menjadi pesaing, telah dibeli TNB pada tahun 1996. Anwar menggunakan anak-anak dajal beliau bagi menyerang kononnya mendedahkan penguasaan syarikat ini yang dimiliki kroni-kroni bekas bapa angkat beliau, Tun Mahathir Mohamad."


Dan umpama cabaran straight forward sahabat A.P.A. blog Aku Peduli Apa ...

"Walaupun kita tahu Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk Declassifed dokumen IPP ini kerana ianya adalah Perjanjian(Power Purchase Agreement-PAA) diantara (pembekal) tenaga IPP dan (pembeli) Tenaga Nasional Berhad,tapi dengan persetujuan dua pihak ini ianya tidak mustahil dilakukan.Rakyat ingin tahu "tangan ghaib" siapa yang sejak pada awal lagi bertanggung jawap terhadap pembentukan dasar IPP hari ini."


GWM hanya mahu lontarkan kembali kata-kata hikmat Anwar Ibrahim ... Jika takut pada risiko, jangan bicara soal perjuangan!

Lagi sekali keyword penting .... DOKUMEN SULIT! Amacam Anwar ... Ada Berani!


tik tok tik tok tik tok ... bunyi jam di dinding ofisku ...



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU