GELOMBANG WANGSA MAJU: 03/29/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

HANGAT ... MSO TEMPELAK PIMPINAN PAS & PEMIMPIN TONTON VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM !

| Tuesday, March 29, 2011

Mohd Sayuti Omar a.k.a. MSO mengamuk sakan dengan Mat Sabu dan Mustafa Ali gara gara pemimpin berkenaan melihat video seks Anwar Ibrahim. MSO memang mengetahui Mat Sabu masih lagi menyimpan dendam kesumat lama terhadap Anwar Ibrahim. Begitu juga dengan Mustafa Ali seringkali bertelagah dengan Azmin 'Jambu Keabadian Cinta' Ali ... produk terbaik keluaran Anwar Ibrahim!

Mat Sabu dan Mustafa Ali bukanlah pemimpin yang tunduk dan taksub dengan Anwar Ibrahim. Tidak hairanlah mengapa MSO menempelak kewajaran kedua pemimpin PAS ini menonton 'tayangan perdana' video seks Anwar Ibrahim. (Jika GWM turut dipelawa untuk melihat video seks ganas berkenaan, nescaya tidak akan sama sekali daku menolak permintaan 'trio Dato T')

MSO menuduh Mat Sabu dan Mustafa Ali sebagai membelakangkan semangat setiakawan terhadap Anwar Ibrahim. Mat Sabu dan Mustafa Ali sudah dicop pengkhianat parti PAS, mulai semakin rimas dengan gelagat kedua pemimpin tersebut hanya berdiam diri dari mengesahkan apa yang telah ditonton.

Malah beliau sudahpun melabelkan Mat Sabu dan Mustafa Ali sebagai golongan munafiq kerana sanggup menyokong dan mendampingi Anwar Ibrahim tetapi dalam masa yang sama menikam 'Anugerah Tuhan' dari belakang.

Hadi Awang juga tidak terlepas dari kritikan sinikal sebagai pemimpin PAS yang lemah dan 'mati pucuk'. Solat Hajat di Stadium Malawati Shah Alam dianggap sebagai senjata pemimpin PAS yang lemah dan mati pucuk dari menghadapi tekanan politik ... tidak seperti Anwar Ibrahim.




Masih belum luput amarah beliau terhadap Hadi Awang yang dikatakan pernah menyingkirkan sahabatnya, Zulkifli Sulong sebagai Ketua Pengarang Harakah sebelum digantikan oleh Ahmad Lutfi Othman.

Semakin jelas penguasaan golongan Pro Erdogan mewarnai pencak politik parti PAS. Golongan Pro Ulama semakin hari semakin teruk tersisih dan dihentam dari segenap sudut oleh 'ayam ayam ternakan' Anwar Ibrahim.

Mungkin sudah sampai masanya golongan Pro Ulama untuk mengucapkan 'selamat tinggal' sebelum sempat menjejakkan kaki pada Muktamar PAS kali ini. Muktamar kali ini sudah pasti dikuasai oleh juak juak Anwar Ibrahim ... Malang sungguh nasib parti PAS.


Nota : MSO sudah lama menjadi 'budak suruhan' Anwar Ibrahim sejak bukunya 'Anwar Ibrahim : Mimpi dan Realiti' dirampas Anwar Ibrahim semasa mengumumkan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO kerana kritikan yang mampu menumbangkan kerjaya 'Anugerah Tuhan'.

Sekalipun memiliki permit Akhbar 'Siasah', MSO sudah menjadi Pro Anwar (Pro Erdogan) dimana Anwar Ibrahim sudahpun memiliki akhbar tersebut sebagai pengganti 'Suara keadilan' yang dibatalkan permit.

GWM masih lagi menyimpan buku penulisan beliau ... dari pengkritik tegar Anwar Ibrahim (buku ANAWR IBRAHIM : ANTARA MIMPI DAN REALITI) kepada pendokong dan penjilat peliwat tegar! (buku SUMPAH DAN AIR MATA REFORMIS BANGSA).



MAT SABU & MUSTAFA ALI KAGUM ... LIHAT ADEGAN PORNO MR ANWAR !

|

Kenapa Mustapha Ali dan Mat Sabu diam membisu dalam isu Video Porno Anwar Ibrahim? Setahu Gomo mereka berdua dah menonton tayangan Video Porno tu pada hari Khamis selang sehari selepas Gomo pergi lihat video seks Anwar Ibrahim tu.


Kenapa diam membisu? Kenapa? Takkan lah tidak ingin berkongsikan pekara sebenar dengan rakyat Malaysia ataupun kepada jemaah jemaah PAS yang lain? Takkan lah Mat Sabu dan Mustapha Ali hanya menonton Video tu untuk suka suka sahaja?



Ahli jemaah PAS yang lain dah mula bertanya akan isu Video Porno Anwar Ibrahim, seharusnya mereka yang sudah menonton menerangkan segala galanya kepada ahli Jemaah PAS yang lain bagi menjelaskan pekara sebenar.


Wartawan Harakah pun sudah akui Lelaki Porno itu "Muka Serupa Anwar Ibrahim". Jadi apa keputusan Mat Sabu dan Mustapha Ali? Nak berdiam diri sahaja?



Blogger RBF turut mengesahkan mengesahkan hal ini ...


Posted by PapaDiva Papa Gomo

SOLAT HAJAT & CERAMAH PERDANA ... NIK AZIZ ENGGAN PERTAHAN ANWAR IBRAHIM ?

|

Acara kemuncak ucapan Nik Aziz menjadi hambar di malam program 'Solat Hajat & Ceramah Perdana' ...

Baik Hadi Awang, Kit Siang dan Anwar Ibrahim bertungkus lumus menyerang DS Najib dan UMNO
tetapi mengapa Nik Aziz seolah olah sugul, pendiam dan layu ...





Mungkin Nik Aziz sudah jelak diperkudakan Anwar Ibrahim? Blogger GAP ada jawapannya ... READ MORE!

SURUHANJAYA DIRAJA ... TANTAWI DAN MAT SABU SETUJU DIPERCEPATKAN, MALAPETAKA BAGI ANWAR IBRAHIM !

|
'Road Tour' Anwar Ibrahim bakal tergugat dengan tindakan berani Nasruddin Hassan dan Mat Sabu yang mahukan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja dipercepatkan.

Di kala Hadi Awang, Nik Aziz, Anwar Ibrahim & Lim Kit Siang sibuk dengan program 'mengalih perhatian' Solat Hajat Perdana dan Ceramah Perdana ... Nasruddin Hassan dan Mat Sabu lebih rasional mahukan penubuhan badan tersebut bagi mengesahkan bukti kesahihan video seks melibatkan Anwar Ibrahim.

GWM yakin kedua dua pemimpin PAS ini lebih berlapang dada jika dibandingkan dengan pemimpin tertinggi parti tersebut yang menolak sebarang usaha menegakkan prinsip kebenaran. Nasruddin Hassan dan Mat Sabu bersetuju dengan langkah supaya para pemimpin tertinggi pembangkang menyertai Suruhanjaya Siasatan DiRaja sebagai pemerhati bebas untuk membuktikan ketelusan.

Malah kedua dua pemimpin PAS ini tidak menolak sebarang mekanisme untuk melantik gabungan pakar forensik tempatan dan luar negara bagi mengendalikan penyiasatan.

Rakyat sebenarnya berhak mempersoalkan niat Hadi Awang, Nik Aziz dan Lim Kit Siang yang begitu sibuk dengan program 'Road Tour Anwar Ibrahim' dan menafikan pembabitan Anwar Ibrahim sebagai aktor porno tetapi gagal menyahut penyertaan didalam Suruhanjaya Siasatan DiRaja ... apatah lagi mempertahankan kredibiliti dan prinsip keadilan.

Walau apa cara sekalipun ... 'Anugerah Tuhan' wajib dipertahankan! Apakah rakyat masih belum mampu melihat permainan wayang pemimpin tertinggi pakatan pembangkang.



 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU