GELOMBANG WANGSA MAJU: 01/27/11

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

NIZAR - NORMALA SENGAJA MALUKAN SAYA !!

| Thursday, January 27, 2011
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dikatakan berang dengan calon PAS PRK DUN Tenang, Cikgu Mala yang mengelirukan isu salam sehingga menjadi hangat diperkatakan di kalangan masyarakat Malaysia amnya. Ini merupakan sumber yang diperolehi dari jentera PAS Perak sendiri. Hasil temubual, mereka mengatakan Nizar akan berjumpa Cikgu Mala agar mendesak Cikgu Mala menarik semula kenyataannya berkaitan isu salam.



Nizar merupakan antara Pemimpin PAS yang mempunyai pandangan yang berbeza tentang isu salam. Nizar dalam kenyataannya (sumber jentera PAS Perak) mendakwa dalam zaman serba moden ini Salam dibenarkan di dalam Islam dan tidak perlulah Cikgu Mala menggamatkan soal hukum hakam Agama ini kerana ianya sedikit sebanyak menberi tempias perli dan penghinaan terhadap Ahli Parlimen Bukit Gantang ini.

Cikgu Mala dikatakan sedikit sebanyak menghina beberapa Pemimpin Wanita Islam di dalam PKR yang juga seringkali bersalaman dengan lelaki. Nizar dikatakan mempersoal adakah seseorang wanita akan dianggap ahli neraka jika bersalaman dengan seorang lelaki?

Isu salam ini nampaknya juga akan menggoncang PAS dan Pakatan secara tidak langsung. PAS selepas bekerjasama dengan DAP dan PKR kelihatan lebih terbuka dalam soal Agama dan tidak lagi merujuk kepada Majlis Syura yang dibentuk dalam menjatuhkan sesuatu hukum.

Selain Nizar, beberapa pemimpin PAS sendiri kelihatan mudah bercampur gaul dengan wanita tanpa segan silu. Malah, beberapa pemimpin PKR yang beragama Islam sendiri tidak menghadapi sebarang masalah untuk berjabat tangan walaupun berbeza jantina. Melayu CinDia menegaskan tuduhan PAS bahawa UMNO gagal menerangkan kepada MCA mengenai isu Islam terkena pada parti ini sebenarnya. PAS bukan sahaja gagal melaksanakan dakwah terhadap DAP, malah juga di kalangan pemimpin PAS sendiri seperti Nizar. Di canang 1Dunia bahawa PAS bersih dari dosa.

Adakah PAS selepas ini akan meminda fatwa mengenai isu Salam? Fatwa Haram Jadah.



Blogger Gelombang Rakyat

LIVE FROM TENANG ... ANGIN SENGGUGUT NIZAR KEMBALI MENYERANG ! ... KAH KAH KAH !

|

Sah! ... penyakit 'dismeneora' (angin senggugut) kembali merentap Nizar 'The Candle Light Vigil' Jamaluddin semalam!



Fatwa baru Nizar Jamaluddin mengesahkan PAS sebagai sebuah parti Ulama Kucing Senak!

Bila kekalahan mula terbayang di fikiran, pemimpin PAS yang senak perut nak terkucil ... pantas mengeluarkan fatwa untuk menyelamatkan parti dari terjerut!

'Wajib Syarie kita menyokong dan memilih cikgu Normala ... Haram Syarie menyokong UMNO barisan Nasional'

GWM kurang pasti mana punya nas Al Quran dan Hadis Sahih si Nizar 'The Candle Light Vigil' Jamaluddin berpandukan.

Seperti biasa ... agenda penubuhan Negara Islam dan Hukum Hudud kembali menceriakan ceramah parti PAS setiap kali pilihanraya kecil diadakan ... demi undi orang Melayu.

Yang peliknya Nizar 'The Candle Light Vigil' Jamaluddin juga yang menolak penubuhan Negara Islam.


Ini bermakna parti PAS juga sudah jatuh Haram Syarie untuk disokong ... kah kah kah!

Bagaimana pula dengan pemimpin PAS yang lain ...


Kah kah kah ... Haji Hadi juga jatuh Haram Syarie!


Kah kah kah ... Daud Iraqi juga jatuh Haram Syarie!


Kah kah kah ... Nik Aziz juga jatuh Haram Syarie!


Kah kah kah ... Mustafa Ali juga jatuh Haram Syarie!

Bagaimana pula dengan Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat ini ...


Kah kah kah ... Anwar Ibrahim juga jatuh Haram Syarie!

Kah kah kah ... PAS dan PKR tidak boleh disokong! ... Habis semua jatuh Haram Syarie ... Kah Kah Kah
!


Kah Kah Kah ... sokong Cikgu Normala Wajib Syarie!

Wargh Wargh Wargh! ... tiada satu parti jatuh Wajib Syarie ... semua sudah jadi Haram Syarie!

Angin senggugut Nizar 'The Candle Light Vigil' Jamaluddin datang lagi! ... Kah Kah Kah!

Pening, Pening! ... Hadi Awang kata faktor ekonomi! Nik Aziz kata tidak boleh paksa! Daud Iraqi kata bukan agenda utama! Nizar sendiri mengaku tak janji pun! Anwar Ibrahim terang terang kata tak ada dalam agenda Pakatan Rakyat!

Semua play safe ... macam pakai kondom! ... Extra Safety and Precaution!



GWM : Parti PAS sudah seperti ASTRO ! ... macam macam ada! ... Jahanam!

PRK TENANG ... PENGUNDI WANITA TOLAK NORMALA ! ... TAKUT REDAH BANJIR !

|

Nyawa politik PAS di PRK Tenang semakin berada di penghujung nafas ...

GWM baru menerima berita dari para sahabat Papa Gomo dan Wangsa Maju Blogger Team yang masih lagi sedang mengadakan sessi temubual dengan kaum hawa di Paya Merah.

Pengundi kaum hawa di Paya Merah menempelak Normala Sudirman yang hanya menjalankan kempen di tepi jalanraya tanpa mahu meredah banjir menghulurkan salam.

Makcik Kathmah atau dengan nama panggilan 'Tok Mak' (gambar dibawah, diambil oleh blogger Gelombang Rakyat petang tadi) menyatakan rasa kesal dengan sikap calon PAS ini.

'Tok Mak' menganggap perbuatan Normala Sudirman sebagai ego, biadab, serta tidak tahu menjunjung nilai dan adat budaya orang Melayu disini.


Beliau tidak pernah melihat sebegini sikap seorang wanita yang kononnya digembar gemburkan oleh media Harakahdaily sebagai lemah lembut, bersopan walhal egoistik luaran dan dalaman.

Cukup berbeza dengan situasi yang dilakukan oleh Puteri UMNO ...


Tanpa mengira halangan, PUTERI UMNO tetap mengagahkan diri meredah banjir untuk bertemu dengan kaum hawa di Paya Merah.

Kerja kuat dan disiplin yang ditunjukkan, menarik minat kaum hawa di Paya Merah bahawasanya UMNO lebih prihatin dan ikhlas menghulurkan salam dan memberi bantuan tanpa diminta.

Gosip bahawa Normala Sudirman egoistik dan berpura pura nyata dan sememangnya benar! Blog GAP akan memuat turun video klip sikap sebenar Normala Sudirman aka Tak Suka Ayam KFC ini!

Agak menghairankan bagaimana PAS boleh mencalonkan seorang wanita bukan tempatan dan tinggi egonya sebagai pilihan rakyat di Labis ...


GWM : Langkah PAS semakin sumbang ... kempen media Harakahdaily Normala Sudirman sebagai memenuhi ciri wanita terbaik cukup memualkan!

 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU