GELOMBANG WANGSA MAJU: 12/26/10

Follow

MAIN BANNER

MAIN BANNER

ISU TERJAH 3 : PEMUDA UMNO SUNGAI BESAR HEBAT !

| Sunday, December 26, 2010

GWM menjangkakan isu terjah ini mungkin tidak diambil pusing oleh mana mana bahagian UMNO Selangor. Niat GWM hanya satu, untuk meramaikan sahabat sahabat blogger bagi meneruskan perjuangan menangkis dakyah, fitnah dan tohmahan parti pembangkang.

Lagi ramai ... lagi bagus!


Dalam diam rupanya Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar, saudara Budiman Mohd Rosdi meminta GWM untuk melayari blog beliau ... Hebat dan mantap!

Kurang percaya ... cuba layari http://mindabudiman.blogspot.com/
.Hebat penulisan beliau. Bukan calang calang orang ni.

GWM : Alhamdulillah, langkah pertama ternyata tidak sumbang ...

WIKILEAKS EDISI PAS ... RISIKAN NIK AZIZ SAHKAN BN RASUAH WANG DI PRK GALAS !

|

GWM cukup tergamam apabila terbaca kenyataan dari Nik Aziz ...

Masya Allah ... Hebat ... GWM tidak menyangka bahawa parti PAS juga mempunyai pasukan risikan tersendiri. Mungkin juga selama ini mereka mempunyai koloborasi dengan Julian Assange (pengasas Wikileaks).



Nik Aziz dengan confident berkata sewaktu mengulas mengulas cabaran Tan Sri Muhyidin yang meminta Ketua Wikileaks PR, Anwar Ibrahim menaikkan gaji sebanyak RM500 kepada kakitangan awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang.


GWM dapat merasakan amarah dan dukacita Nik Aziz bila ditempelak sebegitu rupa oleh BN. Namun ... haruskah Nik Aziz yang bertaraf ulama (kucing senak) mengeluarkan kenyataan seperti di atas.

Cuma GWM juga ingin mengingatkan Nik Aziz maklumat risikan Wikileaks BN. Dan rasanya Nik Aziz belum tentu dapat menangkis maklumat risikan ini.

Maklumat risikan ini banyak mendedahkan kepincangan parti PAS yang penuh dengan unsur rasuah, pembohongan dan seribu penipuan (berdasarkan kepada kenyataan Nik Aziz dengan apa yang telah dilakukan kerajaan PAS Kelantan).

Mungkin Nik Aziz perlu mendapatkan taklimat dari sumber risikan PAS bagaimana maklumat rahsia ini telah jatuh ke tangan BN.

RAMPASAN TANAH





PEMBALAKAN HARAM DI KELANTAN






PROJEK MONEY LAUNDERING, DERMA cum RASUAH






PROJEK BAIL OUT RM 50 JUTA AL MENANTUYA





PENIPUAN MEWUJUDKAN NEGARA ISLAM DAN HUDUD







PERAS UGUT DAN GANGSTERISME





RASUAH cum SEDEKAH / ZAKAT




GWM meminta Nik Aziz percepatkan siasatan atau menafikan sekeras kerasnya dokumen dokumen di atas.

GWM : Lagi hebat Wikileaks BN ... he he he

APCO : CONFIRM ... ANWAR IBRAHIM MEMANG TAKUT DENGAN NAZRI AZIZ !

|

GWM ketawa besar bila membaca kenyataan akhbar Anwar Ibrahim berhubung isu APCO. Tidak menjawab persoalan dan sentiasa mengalih perhatian. Soalan yang dijawab kembali dengan soalan (gaya politik masuk bakul angkat sendiri Anwar Ibrahim).

Sudah nampak dimana baculnya Anwar Ibrahim yang lari dari memberi penjelasan sebenar berhubung isu APCO ... bukti, bukti dan bukti!

Nazri Aziz masih lagi menunggu bila Anwar 'The Superliar Man' Ibrahim akan menunjukkan bukti sekeping surat yang dijaja oleh beliau sewaktu Konvensyen Pakatan Rakyat (pelik ... kerana ceramah di Taman Melati Wangsa Maju tidak pula dijaja kertas hikmat tersebut).


Anwar Ibrahim perlu tampil membuat satu sidang akhbar untuk menjustifikasi dakwaannya benar bahawasanya APCO Worlwide terlibat secara langsung dalam pembentukan gagasan One Israel dan 1 Malaysia (seperti yang dicanang oleh Anwar Ibrahim). Itu adalah dakwaan beliau.


Nazri Aziz telah mengemukakan dua bukti sahih (tangible evidence); affidavit dari CEO APCO Worldwide, Brad Stalpes dan Notari Berkanun Robert Shrum, pengasas One Israel.

Anwar Ibrahim tidak mempunyai sebarang helah lagi untuk terus beretorik. Memberi seribu alasan untuk melarikan diri dari memaparkan bukti kepada umum.


Malangnya, kenyataan akhbar yang dibuat hanyalah memberi alasan yang langsung tidak munasabah. Sekali lagi beliau menyalahkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana merampas peluang beliau membela diri.

Penyokong pakatan haram terutamanya, menunggu bukti yang diwar warkan sepanjang tempoh penggantungan. Bila lagi mahu membenam imej BN atas alasan pembohongan.


Nazri Aziz cabar Anwar Ibrahim perlu menunjukkan bukti kukuh kepada umum. Beliau menempelak Anwar Ibrahim kerana sering membuat tuduhan APCO Worlwide telah 'dibeli' oleh kerajaan tanpa sebarang bukti.


Macam biasa, Anwar Ibrahim terus menyalahkan kerajaan kerana penggantungan khidmat beliau sebagai pembunuhan karier politik keempat empat ahli Parlimen. Beliau menuduh kerajaan sengaja tidak memberi peluang secukupnya untuk beliau membea diri.

Dan sekali lagi, tiada bukti berdokumen yang ditunjukkan oleh beliau sewaktu membuat press conference bagi menjawab pertuduhan beliau sebagai pembohong.


Nazri Aziz menyifatkan Anwar Ibrahim memang pembohong! Beliau telah diberi ruang secukupnya untuk memberi penjelasan. Sudah 9 bulan Dewan Rakyat menunggu penjelasan dan bukti kukuh yang ada pada Anwar Ibrahim sehinggal kepada penggantungan beliau dari menghadiri sidang Dewan Rakyat.



Anwar Ibrahim yang semakin tertekan, masih terus memperlihatkan kebobrokan dan kebodohan dengan menuduh kerajaan telah cuba mencemar imej beliau dan memberikan bukti bukti palsu kepada Dewan Rakyat dan umum. (Surat dari APCO Worldwide dan Notari Berkanun bukti palsu ke?)

Walhal beliau telah diberi tempoh selama 9 bulan untuk menunjukkan bukti tapi gagal kerana beliau sebenarnya tidak mempunyai sebarang bukti.


Seperti yang dijangkakan, memang itulah jawapan yang akan terkeluar dari mulut Anwar Ibrahim kerana sememangnya tidak mempunyai sebarang bukti. Anwar Ibrahim akan sentiasa mengulangi dakwaan kosongnya kerana terbukti Anwar Ibrahim seorang pembohong!

GWM sebelum ini pernah mengeluarkan beberapa artikel berkenaan gaya politik style ABIM Anwar Ibrahim. Beliau memang gemar membuat dan membangkitkan sesuatu isu secara serkap jarang ... tanpa bukti.

Apa yang perlu beliau lakukan adalah meniup wisel. Juak juak dibelakangnya yang akan memalu gendang sampai bising satu Malaysia.

Beliau bukannya tidak tahu, bukti yang ditunjukkan oleh Nazri Aziz merupakan bukti prima facie yang kukuh untuk menggantung beliau dari menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Cuma kali ini beliau tersalah meniup wisel. Wisel yang ditiupnya akan membawa beliau naik 'patrol car' menuju ke penjara Sungai Buloh.

GWM : Anwar Ibrahim memang hebat ... hebat menipu!

sumber / pautan :
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/apco-anwar-dakwa-bukti-baru-hipokrasi-bn-mahu-bunuh-karakternya/

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nazri-aziz-buktikan-anwar-kaitkan-apco-dengan-konsep-1-malaysia-masih-ditunggu/

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm



\

GEMPAR ... TUAN IBRAHIM GESA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN SIASAT HADI AWANG DAN NIK AZIZ !

|

Pemimpin PAS cukup bangga melakukan kerja menyelak kain orang lain. Malah, juak juak ini juga cukup bangga jika dapat bertempik satu Malaya seluar dalam jenis dan warna apa yang digunakan oleh lawan.


Begitu juga dengan momokan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mahu Majlis Fatwa Kebangsaan campurtangan menyemak kembali kenyataan Mufti Perak berhububg isu Ancak.

GWM kurang mengerti dengan sikap pemimpin PAS yang selalu hilang fokus terhadap isu yang sepatutnya dijawab sejak dari tahun 1963. Tuan Ibrahim sepatutnya menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menilai dan mengambil tindakan terhadap fatwa fatwa ularmak kucing senak pemimpin PAS.

GWM mencabar Tuan Ibrahim Tuan Man berterus terang sama ada PAS telah berijtihad dengan segala kenyataan dan fatwa yang dileluarkan oleh parti tersebut selama ini.

Tuan Ibrahim juga perlu berani meminta campurtangan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut campurtangan menyemak kembali segala kenyataan dan fatwa yang dileluarkan oleh parti tersebut selama ini.











GWM cuma mahu mengingatkan Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa PAS pernah bersama BN dibawah Perikatan pada tahun 1974 sehinggalah PAS meninggalkan BN menjelang PRU 1978.

Persoalan ... apakah solat, sembelihan, pernikahan dan persetubuhan suami isteri berlainan fahaman politik sepanjang 4 tahun PAS bersama BN, turut menjurus setiap perbuatan ahli dan pemimpin PAS yang ada pada hari ini tidak sah, haram dan kafir!

Tuan Ibrahim Tuan Man ... tolong perjelaskan kenyataan dan fatwa yang dikeluarkan oleh Tok Tok Guru anda. Parti dan pemimpin manakah yang memulakan perbuatan dibawah.



GWM : Masih waras dan rasional berbanding dengan ularmak ularmak kucing senak PAS.

sumber / pautan:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30013:pas-gesa-majlis-fatwa-semak-kenyataan-harussani&catid=1:utama&Itemid=50


 

Copyright © 2010 GELOMBANG WANGSA MAJU